Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di dalam tandas sebuah pasaraya di Station 18 di sini, pada Ahad.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3.30 petang, ketika mangsa membuang air kecil sendirian sementara ibunya yang berusia 38 tahun menunggu di hadapan tandas lelaki.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, ibu mangsa menyedari perbuatan itu selepas melihat muka anaknya pucat sejurus keluar dari tandas.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipanggil oleh suspek yang berusia 29 tahun masuk ke dalam bilik tandas dan bertindak melondehkan seluar mangsa serta melakukan seks oral sebanyak dua kali.
"Suspek kemudiannya melepaskan mangsa dan ketika itulah mangsa memberitahu ibunya mengenai perbuatan suspek," katanya di sini.
Menurutnya, suspek bertindak menguncikan diri dalam tandas selepas perbuatannya diketahui keluarga mangsa.
"Kejadian itu turut disedari orang awam yang membantu menangkap suspek sebelum dia diserahkan kepada pihak polis," ujarnya.
Mohd Ali berkata, suspek yang bekerja sebagai pemotong buah, telah direman selama tujuh hari sehingga 5 Mei.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 29 2019
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berusia 8 tahun itu masuk ke dalam tandas sebuah pasaraya di Ipoh untuk membuang air kecil. - Gambar hiasan
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Bekas Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.
Pemuda disyaki cabul pelancong Sepanyol ditahan
Suspek telah direman lima hari sehingga hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok
Suspek yang juga seorang penuntut kolej swasta berusia 20 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam, pada jam 8 pagi.
Kedi golf dakwa dicabul pegawai kanan tentera
Kedua-dua pegawai, masing-masing berusia 51 dan 52 tahun, yang bertugas di Negeri Sembilan, telah dipanggil memberi keterangan.
Lelaki rogol anak tiri sejak mangsa berusia 13 tahun ditahan
Seorang penghantar barang ditahan polis selepas dipercayai merogol anak tirinya, sejak remaja itu berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.
Bapa kanak-kanak hilang di Amazon ditahan cabul anak tiri
Polis Colombia menahan bapa kanak-kanak Orang Asli yang menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia pada bulan Jun lalu selepas terselamat dalam nahas pesawat dan hilang 40 hari di dalam hutan Amazon.
Warga Pakistan mengaku tidak bersalah cabul wanita Perancis
Muhammad Akhtar membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret.
Pembantu juruselam ditahan cabul pelancong ketika selam skuba
Kejadian berlaku pada Jumaat ketika mangsa berusia 25 tahun melakukan aktiviti selam skuba.